Thursday, May 10, 2012

IBADAH : Solat Jumaat



SOLAT JUMAAT

Pengertian dari segi bahasa : Kerpercayaan yang kukuh dihati
Pengertian dari segi Istilah : Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah taala serta sifat-sifatnya dan kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli

1) Hukum meninggalkan Solat Jumaat

a) Berdosa jika meninggalkan Solat Jumaat tanpa sebab-sebab yang diharuskan oleh syara'
b) Sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat tiga kali (3x) berturut-turut akan ditutupkan hatinya daripada menerima hidayah Allah Taala

قل رسول اللَّه صلى
مَنْ تَرَكَ ثَلاثَ جُمْعَ تَهَاوُنَا بِهَاطَبَعَ اللَّه عَلَى قَلْبِهِ

Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali dengan sengaja, maka Allah Taala menutup hatinya daripada menerima petunjuk.
Hadis daripada Abi Khamdi Dhamri

2) Keistimewaan hari Jumaat

a) Penghulu segala hari
b) Hari Nabi Adam a.s dijadikan dan diwafatkan
c) Allah Taala mengurniakan rahmat dan berkat kepada hambanya-hambanya
d) Allah Taala mengabulkan doa-doa hambanya yang beramal soleh
e) Hari berlakunya kiamat

3) Syarat-syarat wajib

a) Islam - Tidak wajib ke atas kafir
b) Baligh - Tidak wajib ke atas kanak-kanak
c) Berakal - Tidak wajib ke atas orang yang gila
d) Laki-laki - Tidak wajib ke atas wanita
e) Berkemampuan - Tidak wajib ke atas orang yang uzur
f) Bermukim - Tidak wajib ke atas orang yang musafir
g) Merdeka - Tidak wajib ke atas hamba

4) Syarat-syarat sah Jumaat

a) Ditunaikan ditempat khas - masjid atau tanah lapang
b) Ditunaikan dalam waktu zohor
c) Ditunaikan secara berjamaah
d) Bilangan makmum sekurang-kurangnya 40 orang - yang wajib jumaat
e) Didahului oleh dua khutbah

5) Perbezaan mustautin bermukim dan musafir

a) Mastautin - Orang yang tinggal tetap disuatu tempat
b) Bermukim - Orang yang berniat tinggal disuatu tempat untuk tempoh tertentu
c) Musafir - Orang yang di dalam perjalanan jauh lebih daripada dua marhalah (92.8km)

6) Hikmah solat Jumaat

a) Mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan
b) Memperkukuhkan ikatan silaturrahim
c) Mempertingkatkan semangat tanggungjawab kepada agama Islam
d) Mengetahui isu-isu semasa mengenai umat Islam
e) Memperolehi ilmu pengetahuan
f) Membentuk diri beradab dan berdisplin
g) Dapat bertukar fikiran untuk kepentingan bersama
h) Menjana kekuatan dan kemajuan

8 comments: