Thursday, May 10, 2012

IBADAH : Solat Berjemaah



SOLAT BERJEMAAH

Pengertian jamaah dari segi bahasa : Dikumpulkan atau ramai

Pengertian solat berjamaah dari segi Istilah : Solat yang dilakukan secara berkumpulan atau beramai-ramai terdiri dari imam dan makmum

Hukum : Fardhu Khifayah

1) Ganjaran pahala solat berjamaah

عن عبدالله بن عمررضى الله عنهما
ان رسول اللَّه صلى

صَلاَةُ الْجَمَاعَهِ أَفْضَـلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَـذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرَيْنَ دَرَجَةً

Daripada 'Abdullah b. Umar r.a. Rasulullah bersabda:
Solat berjamaah lebih afdhal daripada solat bersaorangan dengan 27 darjat

2) Syarat sah solat berjamaah

a) Syarat menjadi Imam
- Lelaki - Perempuan boleh menjadi imam kepada perempuan
- Baligh
- Betul dan baik bacaan
- Tidak menjadi makmum kepada imam yang lain

b) Syarat-syarat makmum
- Berniat mengikut imam
- Mengetahui perbuatan imam daripada satu rukun ke satu rukun yang lain
- Mengikuti semua perbuatan imam
- Kedudukan makmum hendaklah dibelakang imam
- Makmum lelaki mestilah berimam dengan imam lelaki
- Perbuatan solat makmum mestilah sama dengan perbuatan solat imam

c) Orang yang layak menjadi imam
- Paling baik bacaannya
- Lebih alim dalam hukum-hukum agama
- Baik akhlaknya dan budi pekerti
- Dihormati dan disegani oleh masyarakat
- Lebih tua dan berkebolehan

3) Kedudukan Imam dan Makmum

(Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)

4) Jenis Makmum

a) Makmum muafiq
- Makmum sempat takbiratul ihram ketika imam belum ruku'
- Makmum hendaklah membaca Al Fatihah sekaar yang sempat
- Makmum datang ketika imam ruku' dan sempat ruku' sebentar bersama-sama imam
- Makmum hendaklah takbir dan terus ruku' bersama-sama imam

b) Makmum masbuk
- Makmum yang datang ketika imam sedang ruku' tetapi tidak sempat ruku' dan toma'ninah bersama imam
- Makmum hendaklah takbir dan terus mengikuti perbuatan imam. Rakaat ini tidak dikira

5) Hikmah solat berjamaah

a) Melahirkan kepimpinan yang berkualiti
b) Melahirkan masyarakat yang patuh kepada pemimpin
c) Melahirkan masyarakat yang berdisplin
d) Melahirkan masyarakat Islam yang berbudaya kerja secara kolektif
e) Menanam semangat persaudaraan yang kukuh
f) Membina kecintaan yang sejati terhadap Islam
g) Dikurniakan pahala yang berlipat ganda
h) Melatih diri bersifat tawadhu' dan saling hormat-menghormati
i) Memupuk sifat perihatin dan sanggup berkorban membangunkan syi'ar Islam

11 comments:

  1. Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga dimudahkan segala urusan anda... :)
    JazakAllahu Khairan

    ReplyDelete
  2. minta izin salin info untuk tugasan saya syukran

    ReplyDelete
  3. minta izin utk share ye..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Silakan semua.. Saya pun copy & paste juga :)

    ReplyDelete
  5. minta izin untuk salin info ya. terima kasih

    ReplyDelete
  6. Solat berjemaah dari segi istilah

    ReplyDelete