Thursday, May 10, 2012

AQIDAH : Konsep Aqidah



AQIDAH

1) Pengertian dari segi bahasa - Kerpercayaan yang kukuh dihati
2) Pengertian dari segi Istilah - Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah taala serta sifat-sifatnya dan kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli

A) Ciri-ciri Aqidah

1) Aqidah yang tulen :
a)Keyakinan yang teguh terhadap
- Kewujudan Allah
- Keesaan Allah
- Kekuasaan Allah
b) Menjauhi diri daripada mensyirikkan Allah taala
c) Keyakinan dan kepercayaan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah

2) Aqidah yang rosak :
a) menafikan atau meragukan tentang
- Keesaan Allah
- Kekuasaan Allah
b) Mengamalkan kepercayaan yang bertentangan dengan Al Quran dan Assunnah
c) Melakukan perbuatan syirik kepada Allah taala

B) Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah

1) Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah taala
2) Dapat mengenal ajaran yang merosakkan aqidah
3) Menjaga iman supaya selamat di dunia dan akhirat
4) Mempertahankan aqidah daripada dirosakkan atau diselewengkan
5) Menolah fahaman yang menyesatkan dan segera kembali kepada pegangan yang berlandaskan Al Quran dan Assunnah

C) Hubungan Aqidah dengan Syariat

1) Aqidah

a) Keimanan kepada Allah
b) Keimanan kepada Malaikat
c) Keimanan keada Rasul-rasul
d) Keimanan kepada Kitab-kitab
e) Keimanan kepada Qada dan Qadar
f) Keimanan kepada Hari Akhirat

2) Syariat
a) Mentaati dan melaksanakan perintah Allah taala
b) Kepatuhan dengan melakukan kebaikan dan meninggalkan yang dilarang
c) Mengikut dan mengamalkan sunah-sunah Rasulullah SAW
d) Melaksanakan segala hukum dan perbuatan yang ditentukan Allah
e) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kebaikan didunia dan akhirat

D) Aqidah berdasarkan 'Alam Sahadah

Pengertian 'Alam Sahadah
Setiap kejadian 'alam yang dapat dilihat, diperhatikan dan dikaji oleh pancaindera.
Contoh : Kejadian pokok, gunung, matahari, bulan, bintang dan bulan

1 comment:

  1. assalamualikum..mohon untuk selitkan ayat quran serta surah untuk rujukan dan tadabbur tentang topik akidah ini..terima kasih..:)

    ReplyDelete