SOLAT FARDHU
1) Pengertian
- Dari segi bahasa solat bererti doa
- Dari segi syara' solat adalah beberapa ucapan dan perbuatan yang tertentu yang dimualai dengan takbir الله اكبر dan di akiri dengan salam السـلا م عليكم
2) Hukum
- Wajib bagi setiap muslim yang cukup syarat solat
3) Dalil Al Quran
فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
Surah An Nisa':103
4) Waktu Solat
Zuhur
Waktu Masuk - Tergelincir matahari ke barat iaitu apabila sesuatu benda mempunyai bayang disebelah timur
Waktu Tamat - Apabila bayang sesuatu benda lebih sedikit daripadanya
'Asar
Waktu Masuk - Apabila bayang sesuatu lebih sedikit daripadanya
(berakhir waktu zohor)
Waktu Tamat - Apabila matahari terbenam seluruh bulatanya
Maghrib
Waktu Masuk - Apabila terbenam seluruh bulatan matahari
(berakhir waktu 'asar)
Waktu Tamat - Hilang cahaya merah di kaki langit
Isya'
Waktu Masuk - Hilang cahaya merah di kaki langit
Waktu Tamat - Terbit fajar Sodik
Subuh
Waktu Masuk - Mulai terbit fajar Sodik
Waktu Tamat - Terbit matahari
5) Syarat-syarat wajib solat
a) Islam
b) Berakal
c) Baligh
d) Suci daripada haid dan nifas
e) Boleh melihat dan mendengar
6) Rukun Solat
a) Berniat
b) Takbiratulihram تكبيرة الا حرام
c)Berdiri betul bagi yang kuasa
d) Membaca surah Al Fatihah
e) Ruku' serta toma'ninah
f) 'Itidal serta toma'ninah
g) Sujud serta toma'ninah
h) Duduk antara dua sujud serta toma'ninah
i) Duduk ketika membaca tahiyyat Akhir
j) Membaca tahiyyat Akhir
k) Membaca salawat ke atas Nabi
l) Mengucap salam yang pertama
m) Tertib
7) Syarat-syarat sah solat
a) Suci badan, pakaian dan tempat
b) Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
c) Menutup aurat
d) Mengadap kiblat
e) Yakin masuk waktu solat
8) Sunat 'Ab'adh
a) Membaca tashahud awal
b) Duduk membaca tashahud awal
c) Salawat ke atas Nabi selepas tashahud awal
d) Salawat ke atas keluarga Nabi selepas tashahud akhir
e) Membaca qunut
f) Berdiri ketika membaca qunut
g) Solawat ke atas keluarga Nabi sesudah membaca qunut
9) Sunat Hai-at
a) Mengangkat tangan ke telinga ketika takbiratul ihram
b) Meletakkan tapak tangan kanan ke atas tangan kiri
c) Membaca doa iftitah
d) Membaca ta'awuz sebelum membaca Al Fatihah
e) Diam sebentar sebelum dan selepas membaca Al Fatihah
f) Membaca Amin selepas membaca Al Fatihah
g) Membaca mana-mana ayat Al Quran selepas membaca Al Fatihah
h) Mengucapkan takbir ketika hendak ruku'
i) Membaca سَمِعَ اللَّهُ لِمِنْ حَمِدَهُ ketika berdiri selepas ruku'
j) Membaca tasbih ketika ruku' سُبْحَانَ رَبِّيَ العَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
k) Membaca tasbih ketika sujud سُبْحَانَ رَبِّيَ الا عْلَى وَبِحَنْدِهِ
l) Membaca doa ketika antara dua sujud
رَبِّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي
وَارْزُقْـنِي وَهْدِ نِي وَعَافِنِي وَاعْفُ عَنِّي
m) Berpaling muka ke kanan ketika memberi salam pertama dan kekiri ketika memberi salam kedua
10) Perkara-perkara yang membatalkan solat
a) Meninggalkan salah satu rukun solat
b) Berkata-kata
c) Berhadas kecil atau berhadas besar
d) Terkena najis pada badan atau pakaian
e) Terbuka aurat dengan sengaja
f) Ketawa mengeluarkan suara
g) Berubah niat
h) Makan atau minum
i) Murtad
j) Bergerak tiga kali berturut-turut
k) Berubah dada daripada arah qiblat
11) Hikmah solat
a) Dikurniakan hidayah
b) Berakhlak mulia
c) Terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji
d) Bijak mengimbangi kepentingan dunia dan akhirat
e) Bersatu padu dan bekerjasama
f) Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa
g) Mengukuhkan iman
h) Dikasihi Allah
i) Menghayati sifat mahmudah
j) Suka membantu dan memberi pertolongan
mohon share ye tuan
ReplyDeleteThanks for sharing useful information
ReplyDeleteonline quran classes for kids