Thursday, May 10, 2012

AQIDAH : Asas Aqidah


1) Sumber Aqidah

a) Al-Quran : Kitab yang menjelaskan tentang asas aqidah Islam
b) Al-Hadis : Perkataan perbuatan dan sifat-sifat Rasullah S.A.W.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ آمِنُواْ بِاللّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَى رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِيَ أَنزَلَ مِن قَبْلُ وَمَن يَكْفُرْ بِاللّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيدًا

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Surah Annisa' : 136

2) Pengajaran ayat

a) Al Quran adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
b) Al Quran adalah panduan hidup umat Islam
c) Setiap umat Islam hendaklah meyakini kebenaran Al Quran
d) Orang yang meninggalkan dan tidak berpegang kepada ajaran Al Quran akan sesat dan hilang panduan

3) Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah

a) Memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah taala
b) Dapat mengenal ajaran yang merosakkan aqidah
c) Menjaga iman supaya selamat di dunia dan akhirat
d) Mempertahankan aqidah daripada dirosakkan atau diselewengkan
e) Menolak fahaman yang menyesatkan dan segera kembali kepada pegangan yang berlandaskan Al Quran dan Assunnah

4) Asas Aqidah Islam

a) ArRububuiyyah : Mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Pemilik, dan Penguasa
b) AnNubuwwah : Perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah taala untuk disampaikan kepada umat manusia
c) AlUluhiyyah : Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan kesempurnaan. Hanya Allah yang disembah ditaati peraturan dan hanya Allah tempat berdoa dan berharap
d) AsSyam'iyat : Perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa, pahala, syurga dan neraka

5) Perkara-perkara yang merosakkan aqidah

a)Perkataan
- Menghina Islam
- Mengubah Hukum Islam
- Bersumpah selain Allah
- Mengubah ayat Al Quran atau Hadis Rasulullah SAWs

b) Perbuatan
- Menyembah selain daripada Allah
- Memakai lambang agama lain atau pertubuhan anti Islam
- Menghina Al Quran
- Sujud selain daripada Allah

c) Niat (hati)
- Meyakini alam ini terjadi dengan sendirinya
- Ber'iqtiqad bahawa Pencipta alam ini seperti makhluk lain
- Ragu-ragu dengan rukun Iman rukun Islam, syariat Islam
- Berniat keluar Islam


1 comment:

  1. nota ringkas dan padat tp x lengkap. mohon update dengan menambah perkara yang memantapkan akidah melalui perbuatan, hati dan perkataan.

    TqVm.. :)

    ReplyDelete