Thursday, May 10, 2012

AQIDAH : Konsep Muslim dan Mukmin


MUSLIM MUKMIN


Islam
Pengertian Islam dari segi bahasa : sejahtera, selamat
Pengertian Islam dari segi syara' : Menyerah diri kepada Allah Taala, tunduk dan patuh kepada perintahNya serta membenarkan perkara yang disampaikan oleh Rasulullah

Iman
Pengertian Iman dari segi bahasa : Percaya dan yakin

Ehsan
Pengertian Ehsan dari segi bahasa : Membuat kebaikan kepada orang lain, Melakukan sesuatu kebaikan

A) Dalil Islam

اَلاسْلام اَنْ تَشْهَدَ اَنْ لااله الا الله وَاَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
وَيُقَيْمَ الصَّلاةَ وَتُؤتِيَ الزَّكاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ
إِنِ اسْتَطَعْتَ اِلَيْهِ سَبِيْلا

Maka Rasulullah SAW bersabda :
Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah
Menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan, dan mengerjakan haji ke Baitullah Al Haram jika kamu berkemampuan..

B) Dalil Iman

أَنْ تُؤْ مِنَ بِالله وَمَلا ئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ

وَالْيَوْمِ الا خِرِ
وَتؤْ مِنَ بِالْقَدْرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ

Rasulullah SAW bersabda:
Iman itu ialah percaya kepada Allah, Malaikat, kitab-kitab, Rasul-rasul, hari khiamat dan percaya kepada qadha dan qadar ada yang baik dan ada yang buruk..

C) Dalil Ihsan

أَنْ تَعْبُدَ الله كا نَكَ تَرَاهُ
فَاِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَاِنَّهُ يَرَاكَ

Rasulullah SAW bersabda:
Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah a kamu melihatnya,
jika kamu tidak melihatnya sesungguh Dia (Allah SWT) melihat kamu

D) Perbezaan Muslim dan Mukmin
Muslim : Orang yang beriman dan taat dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW
Mukmin : Orang yang pecaya dan yakin kepaa kewujudan Allah dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW

E) Ihsan dalam kehidupan
1) Melakukan sesuatu ibadah atau pekerjaan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah Taala
2) Melakukan kerja mengikut prosedur
3) Bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah serta menggunakannya untuk kebaikan diri dan masyarakat
4) Sentiasa memastikan setiap amalan dilakukan dengan cara yang terbaik
5) Berterima kasih atas bantuan, kemudahan dan peluang yang disediakan
6) Mempamerkan imej yang berketrampilan
7) Mematuhi peraturan dan undan-undang yang ditentukan

Pelajar yang bersifat Ihsan akan melakukan sesuatu amalan dengan ikhlas dan bersunguh-sungguh. Mereka juga akan memastikan apa yang dilakukan memberi faedah pada diri dan diredhai Allah

1 comment:

  1. The 10 Best Casino Cities to Try in 2021 - MapYRO
    The 10 삼척 출장샵 Best Casino Cities to Try in 2021 · 구미 출장마사지 1. Boulder: San Jose, CA · 2. Las 광주 출장안마 Vegas: Las Vegas, NV · 3. Bellagio: Las Vegas, NV · 4. Wynn Macau: Macau, China · 광양 출장샵 5. Macau: Macau, 문경 출장안마

    ReplyDelete