KHUSYUK SOLAT
1) Pengertian
a) Bermaksud tunduk atau merenendah diri
b) Didalam solat bermaksud tunduk dan merendah diri dengan menumpukan fikiran, menenangkan hati dan anggota semata-mata kerana Allah
2) Dalil Al Quran
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman , iaitu mereka yang khusyuk didalam solat
Surah Al-Mukminun : 1 - 2
3) Usaha ke arah khusyuk
a) Perbuatan hati
- Menginsafi kekurangan dan kelemahan diri berbanding dengan kekuasaan dan keagungan Allah
- Menumpukan perasaan dan hati ketika solat
- Menggambarkan bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah
b) Peranan Akal
- Menumpukan fikiran bahawa kita sedang bermunajat kepada Allah yang Maha Kuasa
- Memahami apa yang dilafazkan
- Melupakan segala urusan keduniaan
c) Peranan Anggota
- Tidak bergerak-gerak kecuali yang berkaitan dengna solat
- Melihat tempat sujud
- Melakukan setiap rukun fi'li dengan sempurna
3) Perkara-perkara yang menghilangkan khusyuk
a) Tidak faham maksud ayat dan bacaan yang dibaca
b) Terlalu banyak angan-angan
c) Melakukan dosa dan maksiat
d) Memikirkan perkara keduniaan seperti kerja
e) Makanan dan minuman dari sumber yang haram
f) Anggota badan tidak tetap
g) Mata tidak memandang tempat sujud
h) Melakukan solat secara tergesa-gesa
4) Hikmah Khusyuk
a) Solat diterima Allah
b) Meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
c) Ikhlas dalam setiap amalan
d) Mendapat keberkatan dalam kehidupan
e) Membentuk sahsiah yang mulia
f) Terhindar daripada melakukan berbuatan keji dan mungkar
Berguna sebagai pelajaran
ReplyDeleteHikmah dengan kepentingan sama ka???
ReplyDeleteyaaaaa
Deleteada sesiapa tahu tak kesan tidak khusyuk ketika berzikir?
DeleteInteresting
ReplyDeleteGood for all Muslim 🌼🌻🌸💐
Hikmah dgn kesan sama tak??
ReplyDeleteyess
Deleteada sesiapa tahu tak kesan tidak khusyuk ketika berzikir?
ReplyDeleteTq manfaat sangat...but if ada huraian untuk setiap satu hikmah kusyuk tu kan best😂🤣🤣🤣
ReplyDeleteSemua ada best lah 🤣
ReplyDelete